RSS

>Alamak! Kolesterol Tinggi???

13 Jun

>

Sebut je kolesterol..memang ramai yang terasa terkena batang hidung! Hehe..sabar…tapi jangan sabar dan buat tak tahu je…parah nanti bang, kak, pak cik, makcik, adik…sape2 je la. Kes kolesterol terlebih tinggi dalam darah ni…tak kira muda, tua, tinggi, kecil, besar, gemuk atau kurus. Pernah saya jumpa sorang yang kurus sangat…memang kurus la macam…..macam ape ye? Ala..kesimpulannya, underweight. Selalu pucat, lemah, angin dalam badan. Bila pegi jumpa doktor…buat ujian darah….keputusannya….tahap kolestrol luar biasa tinggi! Demam seminggu kawan! Bahaya..kolesterol ni..penyebab kepada penyakit koronari…atau sakit jantung. Penyakit jantung ni plak antara pembunuh utama rakyat kita. Menakutkan bunyinya kan ?

Apa pun….mencegah lebih baik dari merawat…kan? So, saya nak berkongsi pengetahuan dengan semua…macam mana dengan makan buah je…kita boleh cegah tahap kolesterol melambung tinggi! Makan buah tak ni? Tak makan? Rugi la sape yang tak nak makan buah….lepas ni..ajar diri makan buah..boleh? Tak boleh? Tak lalu? Betul ke ni….betulkan minda anda…betulkan “bisikan hati” anda….katakan “Makan buah ni sedap…sihat…boleh cegah penyakit pulak tu. Tak rugi kalau makan ni..saya mesti makan”. Mesti anda boleh.

Edisi kali ini..saya ingin memberi sedikit maklumat dari ilmu yang saya ada. Tentang buah. Mencegah peningkatan tahap kolesterol hanya dengan memakan buah. Mungkin ada di antara kita yang selalu amalkan makan buah. Tapi tak pernah tahu khasiat buah ni. Mungkin juga yang tak suka makan buah ni. Tapi..jangan pulak lepas ni..dah tahu buah ni boleh cegah kolesterol tinggi…nak hentam buah je. Lebih teruk lagi…buah pun hentam…makanan lain pun hentam. Tak jadi la macam tu….makan kena seimbang ye. Makan bila lapar, berenti sebelum kenyang..

Ok. Terus ke perbincangan kita. Buah yang bantu cegah kolesterol tinggi dalam darah. Jambu batu, guava atau nama saintifiknya Psidium guajava L boleh membantu anda menurunkan tahap kolesterol sebanyak 18.8% dalam masa seminggu! Wah…banyak tu. Caranya, anda perlu makan sekurang-kurang 400 gram buah jambu ni sehari (lebih kurang sebiji setengah) tanpa kupas kulit. Ingat..makan dengan kulit skali. Dan..jangan pulak tambah-tambah asam. Tu dah menyebabkan penyakit.

Betik..atau papaya, memang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Betik mampu mengurangkan tahap kolesterol sebanyak 19.2% sekiranya diambil secara rutin dalam masa 4 minggu. Tapi..nak makan betik kena la kupas kulitnya ya. Ada plak yang tercekik nanti.

Saya banyak dengar..orang kata..kalau mengandung..jangan makan nenas banyak-banyak, nanti gugur. Sama ada itu adalah pengalaman atau ada kajian yang membuktikannyam saya tak pasti. Namun, asid yang terdapat dalam nenas, membantu tubuh dalam proses biokimia tertentu. Contohnya, Vitamin C, berfungsi sebagai anti-oksida. Bagi mereka yang mementingkan penampilan “nampak muda..nenas boleh la ganti segala kosmetik anda tu (walaupun tidak secara total)”. Dalam menurunkan tahap kolesterol..nenas membantu anda menurunkan sebanyak 8.38% dalam masa 3 minggu dengan pengambilan sebanyak 400 gram setiap hari.

Mungkkin 3 jenis buah yang saya bagi contoh dapat bantu anda. Kesemuanya senang nak cari di pasaran. Kadang-kadang tepi jalan pun ada jual. Semoga anda berjaya menurunkan tahap kolestrol anda dan bagi yang belum tinggi tahap kolesterolnya, cegah sebelum kena.

“Hidup sihat. Capai Matlamat”

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 13, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: