RSS

>Impian..Hanya akan jadi nyata…

08 Jun

>

Saya merasa begitu seronok sekali melihat hari demi hari anak Malaysia mula mengorak langkah maju ke hadapan. Dari bidang akademik, kajian sains sehinggalah setinggi angkasaraya. Mungkin, ada yang mula rasa tercabar dengan kejayaan-kejayaan yang ditunjukkan mereka. Relax…jangan kuat cemburu…kuat jeles la kata omputih…eh! salah ke nak cemburu? cemburu untuk kejayaan..untuk pergi lebih jauh…lebih dari jangkaan…luar biasa hebat (pinjam kata-kata Dr. HM Tuah).

Cemburu tu tak salah kawan..adik..kakak..abang..makcik dan pakcik. Cemburu buta….bawa sengketa…nama pun cemburu buta…melulu…tak pasal-pasal…mengutuk sana….”eleh…setakat dapat 9A1, amik subjek senang-senang…aku pun boleh buat…20A1 pun boleh”…..betul ke awak tu boleh? Ke boleh cakap je geng?

Ada satu cerita…..cerita ni tak de kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggalkan dunia ni ye…

Ada sorang pakcik ni….emm…nama ape ye? Kita namaka dia pak man la ye. Pak man ni…dulu kat sekolah…sekolah omputih…speaking memang power! Waktu kat sekolah dulu…cikgu dia tanya ” Man, engko ni asyik main-main je dalam kelas…otak ko cerdik…tapi asal dalam kelas je…ngko malas…ape nak jadi dengan ngko ni Man?”…bukan main marah lagi cikgu dia time tu..

Si Man pun bangun…..”Cikgu….dah tahu saya ni cerdik….pintar….buat ape cikgu nak heran dengan saya…cikgu ajarlah sape2 yang belum cerdik lagi. Kalau cikgu tak percaya…satu hari nanti..saya akan buktikan…saya akan merubah negara ini….supaya negara kita akan lebih maju dan makmur dengan hasil bumi!”…

Wah…bukan main berfalsafah betul si Man ni…..Hari demi hari berlalu…Man hanya seorang kerani dengan ‘gomen'(government)….dia pun kata dalam hati “Ah…aku bukan tak boleh kerja tinggi…cuma bos je cemburu dengan aku…mentang-mentang aku ni belajar sekolah omputih…ape sangat la yang dia ada….lulus MCE…sekolah Melayu plak tu….”

Man pun berjalan balik ke rumah…sambil berjalan tu…mulut dia membebel….tak henti-henti lagi. Di pertengahan jalan…Man terjumpa dengan seorang rakan sekolahnya. “Man! Panas tu. Mai la tumpang aku. Aku hantar hang pi rumah”. Man pun dengan muka angkuh..jawab…”Tak pa la Mid….aku tau la aku ni tak mampu beli skuter macam hang…jangan la hang nak pandang aku ni sebelah mata. Satu hari nanti…aku akan ubah nasib keluarga aku….bukan takat skuter….volkswagen aku lempaq depan hang…”….Fuh! Panas beb dengar macam tu…

Dah bertahun-tahun…Man tetap Man….seorang kerani gomen yang tak ke mana….pangkat pun tak naik….gaji pun sama…Satu hari…Man terserempak dengan gurunya sewaktu di sekolah….cerita punya cerita…akhirnya…cikgu dia pun bagi satu ayat kat dia….

“Man…awak ni bermotivasi tinggi orangnya….ada cita-cita…ada impian. Tapi sayang..Man hanya bercakap…buatnya tidak…nak ubah itu…nak ubah ini…..kalau dari dulu Man ubah diri Man…..sudah tentu hari ni Man dapat ubah apa yang Man nak ubah”

Impian yang disusuli tindakan, akan membuahkan kejayaan….Namun..Impian tanpa tindakan..hanya satu angan-angan”

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2008 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: